Tuesday 26 June 2012

:: PERBUALAN SEHARIAN WITH BOBOIBOY ::










JOM BELAJAR ARAB DENGAN SERONOK BERSAMA BOBOIBOY..:) 

MuDAHkan bElaJar bahaSa arab?????



 
صَبَاحَ الخَيْرِ
sobahal khair  
selamat pagi

صَبَاحَ النُّوْرِ
sobahannur
 selamat pagi 

  كَيْفَ الحاَلُك؟
khaifahaluka-untuk lelaki
khaifahaluki-untuk perempuan
apa khabar?

الحمد لله، أنا بِخَيْرٍ
alhamdulillah,ana bikhair
 alhamdulillah, baik

إلى اللقاء
ilalliqo
jumpa lagi
 
مع السلامة
maa'ssalamah
selamat jalan 


 ***cubalah!!.selamat beramal..;)
 






MaRi BerMain...



assalamualaikum....
anda semua pasti suka bersukan ataupun minat sukan...
jadi jom kita semua belajar nama-nama sukan dalam bahasa arab....

BADMINTON


PINGPONG 



BOLA TAMPAR




SEPAK TAKRAW
BOLA SEPAK

Mukjizat Al Quran

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh..
kaifa halukum ya sodiqi?
alhamdulillah, mari kita tambah ilmu dan meneroka bahasa syurga kita. (:


Al Quran diturunkan di dalam bahasa yang paling indah dan paling mulia dan tidak ada mana pun makhluk yang mampu menandingi kehebatan Al Quran. Isi Al Quran itu penuh dengan kebenaran dan ianya menjadi panduan dalam kehidupan seharian manusia.  Jika dititipksn disini contoh-contoh kebenaran dan mukjizat Al Quran, ianya terlalu banyak. Infiniti. Sehingga tidak mamapu digapai oleh akal fikiran manusia.
Salah satu contoh paling dekat dengan manusia mengenai kebenaran Al Quran adalah AIR. Bagaimana dan apa yang dikaitkan dengan air dengan kebenaran Al Quran??

Tahukah nada bahawa Air Asas kepada Segala Hidupan?



Air Asas kepada Segala Hidupan?
Air tidak hanya penting dalam proses kejadian langit dan bumi, ia juga penting bagi hidupan-hidupan di dunia. Hal ini ditegaskan Allah di beberapa tempat dalam Al-Quran, sebagai contoh, dalam surah al-Anbiyak ayat 30 Allah berkata, "Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup."

Ia juga terdapat dalam surah an-Nur ayat 45 yang bermaksud, "Allah mencipta kesemua jenis haiwan daripada air."

Mengikut BBC News dalam segmen Science and Nature (Space) bertarikh 27 Mei 2006, pakar-pakar biologi bersepakat air adalah asas kepada kehidupan. Tanpanya, kehidupan tidak boleh wujud dan sekiranya ia wujud, ia tidak boleh berterusan tanpa air.

Kenyataan bahawa hidupan bermula daripada air mendapat kekuatan tambahan dengan penemuan terbaru yang mendapati hidupan mungkin bermula di bawah lautan. Mengikut BBC News Online bertarikh 9 September 1998, di segmen Sci/Tech bawah tajuk Springing To Life Under The Sea, saintis-saintis mengatakan rahsia mengenai kewujudan hidupan yang awal di dunia mungkin wujud 9 000 kaki di bawah lautan Atlantik. Di situ para saintis menemui semburan hidrogen dan selepas mereka mengkaji persekitarannya, mereka merasakan ia sesuai bagi melahirkan kehidupan di peringkat awal.

Setiap hidupan  terbina daripada sel dan kehidupan sel bergantung kepada protoplasma dan protoplasma memerlukan air untuk hidup kerana 80 peratus daripadanya adalah air, justeru tidak boleh wujud sebarang hidupan tanpa air.

Kesemua penemuan ini menunjukkan kenyataan al-Quran bahawa segala kehidupan bermula daripada air adalah benar dan dapat disahkan melalui kajian sains.
Dalam surah al-Anbiyak ayat 30 Allah berkata, 
"Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu kemudian kami pisahkan antara keduanya. Daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup".

Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara penting. Pertama mengenai asal-usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu, kemudian dipisahkan antara kedua-duanya. Hal ini adalah selari dengan kejadian BIg Bang yang berlaku lebih kurang 14 bilion tahun dahulu. Kedua, ayat ini menjelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala kehidupan. Tanpanya hidupan tidak wujud sama sekali.



oleh itu..
setiap kali anda dikurniakan nikmat dan menggunakannya..
jangan lupa menyebutt..

ALHAMDULILLAH!! Allah MAha Kaya.

ataupun..

 MASHAALLAH! Hebatnya ciptaan Allah.

atau..

ALLAHUAKABAR! Allah, engkau terlalu hebat dan kau maha hebat.

 secara tidak langsung, anda telah berzikir dan menggunakan Bahasa Arab, bahasa syurga, bahasa agung, tanpa disedari.

MUDAH BUKAN MEMPELAJARI BAHASA ARAB?? 

haiyya bil arabiah!
(:
 jom baca Al Quran dan mentadabburnya!!